Lukisan saya dikebas oleh -Lagenda Angelz- untuk dijadikan kad Raya Haji.
Dengan ucapan: “berkorban apa saja uollss harta ataupon dara gtew…”
Oleh kerana kad tersebut bukan bertujuan komersial, saya pejamkan sebelah mata.
Tapi blog uols annoying giler ok??!
Lagu Monica ulang-ulang, takde butang ‘Stop’!! >_<
Sarapan pagi ini diceriakan dengan SMS dari Dr.Sani yang memberitahu saya bahawa muka saya ini disiarkan di dada akhbar Berita Harian. Terasa (terperasan) seperti semua orang yang makan di Restoran Aminah pagi tu berbisik sesama sendiri: ‘Inilah mamat yang dalam paper tu seh!‘
Gambar mukasurat akhbar boleh dilihat (dalam definisi super-rendah) di sini dan sini.
Baca artikel yang tersiar di sini.
Terima kasih kepada:
+Cik Diyanah Anuar, kerana sudi menemuramah saya.
+Enche Tarakucha kerana sudi memberi nombor saya kepada Cik Diyanah.
+Enche Bakrihafizhisham yang berBakat besar kerana bukan sahaja sudi mengambil gambar saya, malah membuatkan saya nampak stail! Hahaha!!!
p.s: Baca kemasukan blog Bak mengenai sesi penggambaran tersebut: A is for Adifitri!
Pernah suatu masa dulu Pengarah Seni mengarahkan saya untuk mensadur gaya pelukis tersohor ini untuk salah satu projek kami. Bila melihat cara kerja sebenarnya sebegini, hohooo “tak dapat bai!“
Saya baru berpindah ke bilik baru. Bilik ini sudah lama sebenarnya, yang baru didiami oleh saya.
Menariknya, ini merupakan mantan bilik guru senibina pertama saya. Bagai menyambung larian layaknya.
Oh dan barang tinggalan guru tersebut masih banyak di sini, heheh.
Kebelakangan ini timbul kesedaran bahawa rujukan saya (justeru bahan jenaka saya) adalah terlalu obscure untuk rakan pensyarah dan terlalu archaic untuk para pelajar.
Kali terakhir kejanggalan sebegini dirasakan adalah ketika usia 17 tahun, di mana saya terlalu mentah untuk dikelaskan sebagai dewasa dan juga terlalu lanjut untuk dianggap sebagai kanak-kanak.
Anehnya, situasi janggal kini membuatkan saya terasa diri muda (semula?).