Archive for October, 2006

Band8

Saturday, October 28th, 2006

Band8

me got result of a test me taken before from this big building. me like this building, building is pretty. me talk, read, write and hear when doing test. test was hard, it made me head hurt.

there is a number on the paper of the result. it looked like a round ball-type-thing on one more round-ish ball-type-thing. me like this number, number is pretty.

but number is not some kind of ball thing, it is called a band. paper said me got Band 8. meaning me Has fully operational command of the language with only occasional unsystematic inaccuracies and inappropriacies. Misunderstandings may occur in unfamiliar situations. Handles complex detailed argumentation well.

number sure is pretty, tho’.

Camera Obscura

Tuesday, October 24th, 2006

webcam.gif

Webcam: RM 99.

Internet Connection: RM 70/month.

4-year old machine that hangs every other minute cuz it can’t handle live video call streaming: RM 2200 (nak kata ‘Worthless’, tapi nanti dia merajuk pulak).

Seeing your one true love smile for the first time in what seemed like ages: Priceless.
Missing the chance to call/see said true love on the day that really matters: …(speechless)

There are certain things money can’t buy..for everything else,

well everything else just doesn’t really matter..

Maaf Zahir Batin

Monday, October 23rd, 2006

Raya Pixel

Resmi Ketupat

Thursday, October 19th, 2006

Rata-rata orang akan melihat ketupat sebagai makanan yang dihidang semasa Raya ataupun sebagai pelengkap sate.

Tapi selepas mempelajari cara menganyam ketupat, aku dapati ketupat serta senitukang penghasilannya adalah metafora yang paling idealis* untuk mewakili jati diri bangsa Melayu yang mengilhamkannya: (more…)

Demam paling panjang

Wednesday, October 18th, 2006

Pada hari ini, tiga bulan lalu, dengan serba gemuruh, aku mengorak langkah lantas semuanya berubah. Sampai ke hari ni, gigilnya tak sudah.Takutnya bukan kepalang, runsingnya duduk tak senang, pikirin hari mendatang.

Sesungguhnya ini lah demamku yang paling panjang..
..tapi biar sampai kiamat pun aku tak mahu demam ini kebah.

Tutorial: Menganyam Ketupat

Sunday, October 15th, 2006

step1
Mula mula lilit daun kelapa seperti rajah di atas membentuk tiga gelungan pada setiap belah tangan.

step2

Kemudian sisipkan daun dari kanan ke kiri berselang seli atas dan bawah. Lakukan proses ini bagi setiap gelungan.
step3

Maka siaplah sarung ketupat anda!

Ingat, jika tidak berjaya pada percubaan pertama, cuba dan cuba lagi! Berusahalah!

Tidur Tergendala

Wednesday, October 11th, 2006

Selain dari ‘nafsu yang gemuruh rancak berirama’, teh ais juga mampu memberi kesan yang sama terhadap tidur.
Ya, teh ais. Sejumlah 3 gelas pada satu malam.
Hanya 1.3 jam dari malam semalam digunakan untuk tidur. Lantas hadir ke pejabat dalam keadaan antara sedar dan tidak. Harap-harap sepanjang hari ni bukan sekadar mimpi, sebab aku ada buat ilustrasi yang tersangat leceh, dan kalau hari ini mimpi maka ilustrasi itu masih belum wujud dan aku perlu melukisnya semula. Adeh.

Dinda,
semoga langit gelap di sana membawa tidur yang nyaman. Selamat beradu..

Pemandangan dari tempat kerja ketika jerebu

Tuesday, October 10th, 2006

hazesawit

..itu pun, kalau aku bekerja di ladang kelapa sawit.

Kalau Keron-jin, lama sudah aku terbang

Monday, October 9th, 2006

kerori

..tapi selalunya kita hanya mampu berangan.

dan main pasang-pasang gunpla.

sigh.

Amazing Joy Buzzards

Saturday, October 7th, 2006

Akhirnya jumpa juga AJB Vol.1. Terjumpa semalam lepas buka puasa di Signatures. Bagi mereka yang tidak menahu, Amazing Joy Buzzards ni komik. Bayangkan filem the Beatles, ‘Hard Days Night’ tetapi dengan zombie, vampire dan aksi kejar mengejar serta letupan. Ada robot jahat, bassist separuh yeti, ahli gusti bertopeng mistikal dan groupies.
Pelik? Agak ah.