Archive for November, 2006
Sitar Hero
Thursday, November 30th, 2006Selamat hari lahir, Dinda
Wednesday, November 29th, 2006
..semoga sentiasa berbahagia hendaknya.
Saya menang Kancil!*
Saturday, November 25th, 2006
Kancil Awards!
Ok lah, tipu. Agensi tempat saya bekerja yang menang.Yang mengerjakan hasil yang memenangi hadiah Gangsa bagi kategori laman web tu rakan sekerja lain (tapi kalau tak kerana saya yang buatkan kerja kemaskini, mereka tak akan dapat menumpukan perhatian pada projek tersebut! hehe nak jugak tumpang kredit.. oh, saya juga menjumpakan asas kod untuk kesan khas yang kami kira memenangkan penyertaan itu. Sungguh.)
Kemenangan itu bagus, manakala trofinya, ucapannya khalayaknya tidak.
Oh, tipu juga. Kami tidak berpakaian seperti ahli Black Parade My Chemical Romance. Hanya anganan.
*buat suara macam iklan AliCafe “saya menang moto!”
Beruang Pulang ke Sarang
Sunday, November 19th, 2006
Bunyinya sunyi adalah peti TV tanpa siaran.
Saturday, November 18th, 2006Offhand, ada 4 kegiatan yang terlintas di kepala yang boleh dijalankan untuk menyambut Hari Memperingati Hari Bersejarah ini. Tapi tiap satunya memerlukan siDia sebagai komponen utama untuk dijayakan. Sudahnya layan saja anime yang dirompakkan oleh Doremi Fansub sambil menunggu jemuran kering.
0
Thursday, November 16th, 2006
Reff I: Bb Eb Bb Eb
Didalam keramaian aku masih merasa sepi
Bb C7 F
Sendiri memikirkan kamu…
Dalam Kelam
Tuesday, November 14th, 2006
..kalau malam boleh larut, tahap mana dia akan tepu?
**
Monday, November 13th, 2006
Besok itu relatif
Tuesday, November 7th, 2006
[dialog lakonan semula]
“Ya Allah! kenapa buat rambut macam ni?”
“Hehu..! Mak kata tak mau botak, ni kira patuh la ni..
”
“Besok pegi potong elok-elok”
“Ngee.. baik lah”
..tapi sampai sekarang rambut saya kekal mohawk. Bagaimana ini dapat dicapai tanpa dikira menderhaka? kerana Mak punya “besok” adalah relatif dan sangat-sangat anjal definisinya. Sebagai contoh:
“Buat lepat tu biar lebihkan sikit. Besok boleh bawakkan Cik Bok”
“Kita ada nak pergi rumah Cik Bok ke, besok?”
“Takde la, Mak punya besok..”
DalamĀ penggunaan Bahasa Melayu standar, “besok” Mak boleh disamakan dengan “esok-esok” atau “nanti” atau “suatu masa akan datang yang masih belum ditentukan”. Maka dengan ‘loophole’ semantik ini, tetap sahaja saya patuhi saranan Mak.
Persatuan Cimpanzi Kecil-kecilan
Monday, November 6th, 2006
Kini saya sudah menjadi ahli Persatuan Cimpanzi Kecil-kecilan, atau dalam Bahasa Inggeris, Little Chimp Society.
Walaupun telah lama diakui oleh kakak saya (dan sebilangan teman-teman), pengiktirafan dari cimpanzi-cimpanzi lain akan status saya sebagai cimpanzi adalah amat memberangsangkan.


