Archive for December, 2006

Kongrats, Komrads!

Wednesday, December 20th, 2006

saga

Syabas Team Saga kerana berjaya memenangi MSC Malaysia Digital Comic Competition. Saya agak kesal kerana tidak dapat turut serta semasa pembentangan. Tapi lebih kesal kerana tidak dapat turut bergambar dengan cek sebesar daun pintu.

Saga adalah himpunan 4 cerita pendek berasingan dengan satu persamaan: tiap satunya melibatkan kereta Proton Saga.
Dalam keempat-empat kisah tersebut, Proton Saga menjadi penggerak figuratif dan harfiah, tiap-tiap satunya mencerminkan sudut yang berbeza bagi konstruk yang kita gelar Malaysia.

Team Saga terdiri dari EnSalim, Tarakucha (saksikan reka-kulit bagi penyertaan ini di Cacamarba), 39, Adiemus, Roy dan juga Saya.

Syabas sekali lagi diucapkan!

saga2

November Rain berputar dua kali berturut-turut kerana Sang DJ terlelap

Tuesday, December 19th, 2006

Itu sebab DJ siaran radio larut malam selalu mengambil panggilan dan melayan perbualan yang bukan-bukan. Bukan kerana dia mengambil berat tentang masalah pemanggil-pemanggil itu, tetapi kerana dia mahukan pengesahan bahawa dia tidak keseorangan.

Sekarang dengarkan Iron & Wine sampai esok pagi, saya masuk beradu..

All I Want for Christmas, is You

Tuesday, December 19th, 2006

Sebelum saya dituduh sebagai Jawa lupa diri dan meraikan Natal dengan galak seperti Paus Benedict XVI layaknya: TIDAK. Saya tak meraikan Natal. Tajuk di atas sekadar bersempena musim perayaan ini. Ia juga merupakan tajuk sebuah lagu dalam filem ‘Love, Actually..’. Sebuah filem yang saya kira mempunyai kesan alergen terhadap kelenjar duktus air mata. Entah, mungkin ada kena-mengena dengan tema “cinta”nya yang berlatar belakangkan kota London? Entah.

Pengajaran pada musim-musim sebegini dan dari Kehidupan amnya: “Jangan harapkan apa-apa dan jangan minta apa-apa, maka perhatikan keHampaan menyurut dengan kadar segera.”

Sekarang, saya hanya perlu mengulang-baca perenggan terakhir ini sebanyak 499 kali. Dan mungkin, mungkin saya akan mempercayainya.

Demeter

Wednesday, December 13th, 2006

demeter

(klik untuk warna)

..dan apabila anak perawannya Persephone berada bersama Hades, Demeter enggan membenarkan sebarang pertumbuhan di muka bumi, dibiarkan segalanya gersang di musim dingin..

Hidup dan Matikan

Sunday, December 10th, 2006

matikan

Kadang kala untuk terus hidup, ada benda yang kita perlu matikan. Macam aku matikan niat untuk bersua, sebelum aku dibunuh oleh Hampa.

Telan sahaja hakikat, dan mula mimpi berasaskan teks.

Langit II

Tuesday, December 5th, 2006

langit2.jpg

Langit

Monday, December 4th, 2006

langit

Belle & Sebastian buat aku rasa seperti berpakaian kemas, bertali leher

Sunday, December 3rd, 2006

menaiki motokar, merentasi padang rumput dan bukit bukau bergulingan melalui jalanraya, ke sebuah gedung bergaya-rupa Modernis dengan perabot yang direkabentuk agar lancar dihasilkan para mesin, supaya aku bekerja dengan begitu cekap, lantas mengoptimakan 8 jam waktu bekerja.

Tapi itu semua idealisme yang tak tercapaikan..

.. bertuah aku kerja 8 jam je sehari.