Entah kenapa, imej tak boleh dimuat naik. Terus, malas nak post apa apa. Bukan ada perkara profound yang nak dikatakan pun.
Di sini ada satu (dari beberapa yang tak terhitung) idea. Merapu mungkin, tetapi tetap sahaja idea:
“Kalau manusia secara azali dijadikan psychic, yakni mampu menyampaikan fikiran abstrak secara langsung, apakah masih perlu akan Bahasa?”
Dan sekiranya maksud dan perasaan dapat disampaikan tanpa perantaraan, apakah akan wujud ekspresi? Baik sajak mahupun lukisan, baik lagu mahupun carutan? Pokoknya, segala unsur seperti sintaks, aturan (dan semua istilah yang membuatkan para akademis seakan penting..) yang menjadi dasar segala peradaban manusia mungkin tak akan ada.
..tak dapat dipastikan, tapi mesti sudah ada yang telah membuahkan idea ini dan menulis buku best-seller dan sudah kaya-raya dan sedang berfoya-foya dengan hasil jualan itu. Jahanam kau.



