Archive for March, 2007

Stella was a diver and she’s always down

Friday, March 23rd, 2007

stella

Si Fitri Kembali ke Fitrah

Tuesday, March 20th, 2007

botak

Sejak bekerja, saya bertegas dengan para kenalan agar memanggil saya “Adi” dan bukan “Botak” seperti pada zaman peruniversitian. Kononnya, ingin terampil dan berpendirian lebih dewasa. Sesuai dengan penceburan ke alam kerjaya, kononnya. Tetapi sehingga kini, dan setelah muhasabah sejenak, saya dapati tidak banyak perbezaan dari segi tingkah antara dahulu dan sekarang. “Dewasa”? Pfehh, jauh sekali! Ya, para Pendosa* sekalian! (*gua cilok ayat lu, IronDanWine) Bohrtaag yang dulu tetap saja ada! Cuma sekarang dia dibayar gaji.
Menggunakan mesin pemotong rambut rakan sekerja, saya mencukur sendiri sisa mohawk yang tinggal, menghadap cermin tandas lelaki. Seperti hero slacker yang mendung dalam filem filem zaman kemeja flannel layaknya! Memang timbul sedikit kepuasan diri. Secara simbolik, tindakan ini membersih noda, menebus dosa. Redemption. Mungkin juga simbol kelahiran semula. Rebirth.

Hey.. tapi jauh di dalam hati, saya sedar bahawa hakikatnya tindakan ini tidak akan mengampun apa-apa dosa mahupun mengubat apa-apa luka. Terlajak potong jadi botak je. Terlajak kata…sejuta maaf pun tak mampu melenyapkan kemarahan.

Pesan Kak Ida

Tuesday, March 20th, 2007

“…tak susah nak buat people that we love happy tp lebih mudah to make them sad.”

Sangat benar.

Tak perlu ulas.

Jahanam, DIY

Sunday, March 18th, 2007

bakar DIY

“…pas besoin de gril: l’enfer, c’est les autres”
- No Exit, Jean-Paul Sartre

Apa perlu pencucuk merah-pijar, bila Neraka adalah orang lain.

Apa perlu orang lain, bila kita boleh lakukannya sendiri.

Setelah berjaya setahun bekerjaya

Tuesday, March 13th, 2007

Pada hari ini, setahun yang lalu, saya berhenti dari menganggur dan bekerja di sebuah syarikat rekaweb di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Otak ini masih mampu mengingati bagaimana saya mendapat tawaran bekerja:

Itu jam saya masih mengecapi kemanisan hidup menganggur (hey, bagi Generasi Boomerang, pengangguran itu manis, ok?). Sambil-sambil itu, ada juga percubaan mencari kerja (dan gagal). Tetapi tidak pada hari Jumaat itu. Setelah solat Jumaat dan makan tengahari, saya berkeputusan untuk menonton salah satu dari timbunan DVD yang sekian lama dibeli tetapi tidak pernah ditonton. Saya terpikir:”Ah, lepak jelah hari ni.” dan berniat untuk tidak memikirkan hal mencari kerja buat sejenak. Saya menyalakan komputer dan sengaja membiarkan Yahoo Messenger terpasang. Kerana sudah terbiasa terhubung barangkali. Terus tayangan DVD pun ditonton..

Tiba di sekitar pertengahan filem, antara sedar dan tidak (menonton filem dalam bahasa asing selepas makan tengahari adalah terlalu kondusif ke arah lelap), terdengar bunyi deringan dari komputer. Menandakan ada kenalan sedang menegur melalui YM. Khabarnya ada kekosongan jawatan yang perlu diisi dengan segera. Jika berminat, emailkan CV dan portfolio jika ada. Ke alamat yang diberi, saya mengemail CV serta URL di mana hasil kerja saya boleh dilihat. “OK, datang interview hari Isnin” – katanya. “Ha? uh, ok.” Saya pun cuba sambung menonton.

Belum sempat menekan “Play”, bunyi deringan YM memohon perhatian. Orang yang sama. “Datang je Isnin nanti.” Itu jam saya agak keliru. “Dah dapat ke?” “Takkan itu je prosedurnya?” dan “Nak pakai baju apa nanti?”

Saya matikan sahaja DVD tanpa menyudahkan tontonan filem tersebut.

Tajuk post ini mungkin disalah tafsir. Bukan saya ingin menyatakan bahawa kerjaya saya berjaya. Yang saya maksudkan adalah berjaya mempunyai kerjaya selama setahun. Sesuatu yang pada permulaannya tidak dapat saya jangkakan. Dan setahun itu sarat dengan pengajaran, pengalaman, pengenalan, peluang dan pertanyaan.
Terlalu ramai yang berhak menerima kasih dari saya atas pengalaman ini. Baik secara langsung, mahupun tidak. Dengan ini, berpandukan resam penerima Oscar:

Terima kasih kepada Anda semua yang memungkinkan semua ini. Anda tahu anda siapa..!

Kehidupan Designer yang Terlampau Mundane

Tuesday, March 6th, 2007

Senario: Saya meninggalkan pejabat setelah bekerja seharian. Sesudah solat Asar, saya menerima SMS dari En. Bos.
Berikut adalah transkrip perbualan SMS tersebut:

Bos : Have you run away?
Saya : Yes. But not before passing the icons to Ashok.
Bos : The icons are not where they’re suppose to be.
Saya : Ashok knows where they are. (nota: saya telah mengemail lokasi di mana fail-fail tersebut disimpan)
Bos : I mean creatively.
Saya : I tried.
Bos : I know. But I think there is still more work to be done.
Saya : There’s ALWAYS more work to be done.
[setelah beberapa minit]
Bos : This is not like you. Is there a problem?
Saya : Just wanna regain some sense of control over my own life, man..
Bos : Ok. Chill out. We’ll talk when you feel better
Saya : Thnx..

dan semua ini kerana saya meninggalkan kantor pada jam 5:25pm (GMT+8.00). Waktu pulang sepatutnya pada jam 6.00pm. Manakala waktu lazim saya meninggalkan kantor adalah tidak kurang jam 8.00pm. Buat julung kalinya saya pulang awal (dan bukan terlalu awal dari waktu pulang yang wajar pun), En. Bos sudah bertanyakan “..is there a problem?“. Ini isu besar dalam hidup saya sekarang? Balik awal? Nampak tak? “terlampau mundane” adalah suatu understatement dalam kes ini, saya kira.

Sedikit kisah latar sebagai konteks:

Sejak bulan lepas, hanya satu atau dua hari minggu sahaja yang saya menikmati libur. Selebihnya membanting wacom di kantor. Sejak entah berapa lama dulu, saya hanya akan pulang ke rumah tidak kurang dari jam 8 malam. Kadangkala melewati tengah malam. Semuanya kerana bekerja. Dan selalunya bukan disebabkan ‘deadline’ suntuk pun. Nah, tak cukupkah sedemikian untuk membuatkan sesiapa sahaja pun terasa seperti hidupnya berpacukan kerja?

Ikhlas memang ikhlas. Tapi setelah sekian lama menyediakan diri untuk “berkorban”, mereka mula naik lemak dan tak sudah-sudah memerah “keikhlasan” saya. Sudah. Biar orang lain pula yang berbakti. Dan kemahuan saya bukan tidak munasabah – cuma mahu pulang tiap-tiap hari pada waktu yang wajar, dan menikmati hujung minggu seperti mana manusia lain.

Sejurus sebelum saya menulis post ini, saya telah menelefon keluarga bertanya khabar, mencuci pinggan mangkuk, minum petang dengan scone dan secangkir Nescafe sambil menonton Superman: the Animated Series dan menanak nasi untuk digoreng malam nanti. Tidak kurang mundanenya, mungkin… tetapi ternyata jauh lebih adem lagi bermakna.

6 Perkara Aneh Mengenai Saya

Thursday, March 1st, 2007

Kali ni saya di’tag’ oleh Saudari Kish. Mungkin ini cara dia berterima kasih bila orang lukiskan hamster untuk dia. Ini dia:

Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird thi
ngs about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!’

1) Saya selalu tidak menyelesaikan perkara yang saya mulakan.

2)

3)

4)

5)

6)