Month: May 2007

Bingung

bingung

Ditemui terconteng pada dinding di sebelah lif.
Like, macam mana dia tahu?

Ruang dan Rangsangan – oleh Fatimah Zubir

Hujan di luar tidak terasa dinginnya. Kerja di kantor tak terasa bebannya (mungkin pasal kau 2 hari tak datang, idiot! *kdish!*). Yang terasa mungkin gelodak asid berterusan di dasar perut (tu yg aku terpaksa ambik MC 2 hari, idiot! *kdish!* ko balik). Pemerhatian yang boleh dikira menarik: apabila kita tidak dibanjiri rangsangan luaran, kita akan lebih sedar akan Diri serta lingkungan hampir kita.

Dan saya terlentang di situ melintangi katil. Merenung terus ke hadapan melewati kipas dan terhenti ke siling plaster kosong. Tangan mendakap ‘Trainspotting’ yang tidak sudah-sudah dibaca. Manakala telinga pula didakap hedfon TDK MP100 (bukan hedfon paling hebat di dunia pun, namun ia punya “character“). Dibuai alunan suara Feist seindah siren layaknya, menuntun kapal menuju bobrok: “did I…did I…did I?
Terlintas di kepala, mungkin ini sahaja sudah memadai, tidak perlu Lebih Dari Ini.

Pemerhatian yang boleh dikira menarik: apabila kita tidak dibanjiri rangsangan luaran, kita akan mencari rangsangan lain.

Sepak Trooper

sepak trooper

Unicorn

unicorn

gidiyap.

maaf kerana Si Dara dalam lukisan ini tidak ber…

…warna.

…dikatakan kepada Si Perempuan Gila:

dan selama ini yang kita minta hanyalah ‘Lebih dari Ini’ dan/atau masa lampau.”

betul. tepat sekali” – jawabnya.

Pengkhususan Ruang untuk Rintihan Kosong.

Secara tipikal, keadaan saya sekarang memerlukan saya mengeluh.
Meratapi fakta betapa dunia tidak adil, betapa tiada yang memahami keperitan yang dialami. Sayalah Hamzah yang hatinya dirobek, dikunyah dan dimuntahkan Sang Hendon. Semuanya suram, semuanya kelam. Gambarkan pemakaian ala Victoria (seperti zamannya; bukan Pn Beckham, doh), rona kulit pucat serta maskara menyurih aliran air mata. Gambarkan juga dari sudut tinggi yang kononnya unik, agar semua yang melihat akan berfikir: “hm..artistik“. Dan tidak boleh tidak, secara tipikal saya patut sertakan lirik-lirik berleleh darah dari kugiran kegemaran saya dan menyajikannya sebagai puisi.

Tetapi saya memilih untuk tidak melakukan itu semua.

Kerana ini bukan MySpace, dan saya bukan losernya.

© 2018 Go!Blog

Theme by Anders NorenUp ↑