Archive for July, 2007

Kami adalah PostPop

Saturday, July 28th, 2007

posttee.jpg

Hari ini membuktikan bahawasanya dengan kalangan yang betul, sumber jaya yang betul serta sedikit kegigihan lebih, tidak mustahil bagi idea dan impian dizahirkan.

posttee2.jpg

Terima kasih dan syabas Tanglong, Gecko dan Tarakucha! ;)

Merdeka Comes Early

Thursday, July 26th, 2007

lastxm.gif

Today I freed myself from the clutches of that evil oppressor! He wasn’t all that bad, really. But he can be a right bitch. And he chose to be that right at the end.

Speaking of ends, check out the animation “Life and Music” (by the people who brought you South Park, no less!). Really something to ponder there.
Life begins anew, the future ever brighter!
(Kena tulis dalam English, baru dia faham kalau-kalau penjajah tu terbaca. :D )

A, as in..”Assassin”

Monday, July 23rd, 2007

assassinbw.gif

klik imej untuk warna.

I.Am.Ironman

Thursday, July 19th, 2007

ironman

Nobody wants him He just stares at the world.
Planning his vengeance that he will soon unfurl.
Now the time is here for ironman to spread fear.

Obituari

Wednesday, July 18th, 2007

Sangkanya panas sampai ke petang.

Belum tengahari hujan pun turun.

Baik juga ada turunnya.

Boleh melindung turunnya airmata.

Hilang dan Dijumpai

Monday, July 2nd, 2007

hilang

Ahad itu tidak ubah seperti Ahad sebelum ini. Sedikit senyap, tapi tiada yang luar biasa pada mulanya. Pagi membawa ke tengahari dengan Criminal Minds, CSI dan CSI NY (CSI Miami tak tengok kerana Hector tu poyo). Terlintas di kepala, ‘kalau hidup dalam rancangan forensik, mesti macam-macam berlaku dalam hidup ni. Tapi, mesti tak boleh lepak kat rumah macam sekarang ni
Pada lewat petang sambil menonton lagi, tiba-tiba telefon berbunyi. Bila dilihat, nombor yang memanggil tak kenal. Dah mula rasa lain.

-Helo?
Hi, Botak ke ni?
Er… haah
Ni A**** ni, kenal kan?
- aik, tak pernah-pernah telefon saya ni. Mana pulak dapat nombor?
Oh, haa.. ya, ada apa?
Botak ada kontek ke, jumpa T**** tak?
Um, takde pulak, dah lama tak kontek dia..
- ah, sudah. Mana pulak budak T**** ni? Memang dah lama tak kontek dia, (dalam seminggu lebih gak la. Lama la tu untuk orang yang kau jumpa hampir tiap-tiap hari). Online pun dah jarang nampak.
..asal? call dia tak dapat ke?
Tak dapat…takpelah Botak, thanks. Sori kacau.
‘...er, ha, ok. Takpe.
- suara dia sedikit lemah, nak tanya dia banyak sangat pun rasa tak jadi. Tapi kebimbangan mula bermain di kepala. Apa jadi budak T**** ni? Sampai pacar dia yang tak pernah-pernah telefon pun telefon saya. Dia pun lama tak kontek, kot ke apa-apa jadi, dia kena culik ke? Dia lari ke? Apa kejadah dah tua-tua lari dari rumah? Gila juvana.
-Duk-duk-duk! ‘Assalamualaikum!
-hoh! ada orang ketuk tingkap pula. Saya pun bergegas membuka pintu sambil hal kawan seorang ni masih lagi menghantui fikiran.

Dude, pow air
-di muka pintu terpacul si T****, termengah-mengah sambil melerai tali kasutnya. Saya jadi bingung terus tergamam dan terus merenungnya.
Pahal weh?‘ tanyanya.
Kau dari mana ni?
Jogging. Lalu sini rasa haus pulak. Tengok kereta kau pun ada, aku singgah la.

La, jogging rupanya budak ni. Saya pun ceritakanlah apa yang (tidak) berlaku tadi.
Hahaha! patut la kau usha aku semacam je tadi! Weh, meh rumah aku, ada durian baru sampai dari kebun. Kau layan durian kan?

Begitulah, buat sela masa sesingkat itu, hidup saya menjadi menarik umpama rancangan forensik bersiri layaknya: Premis-pembangunan plot-plot twist-klimaks-penamat. Semuanya di resolve dalam linkungan 50 minit. Siap ada happy ending, dapat durian lagi.

Jaga diri kalian baik-baik. :)