
Alhamdulillah, komik yang saya usahakan selama lebih setahun, akhirnya beres! Ternyata banyak yang dipelajari, dan pengalaman ini membuktikan bahawa banyak lagi yang harus saya pelajari.
Komiknya bertajuk ‘Saga’. Ianya mengisahkan hayat sebuah kereta Proton Saga, disampaikan dalam 4 cerita pendek. Diilhamkan oleh Tarakucha, kereta Proton Saga di sini dijadikan sebagai “kenderaan” pembawa makna akan tanggapan rakyat Malaysia terhadap negaranya. Ada yang bangga dan yakin akan kebolehan negaranya, tidak kurang juga yang malu atau menyalahgunakan kemakmuran yang dinikmati.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan setinggi-tinggi peghargaan pada rakan-rakan yang bersama mengusahakan projek ini: Tarakucha dan Fairul Nizam. Begitu juga En.Salim, Thritynine dan Adiemus. Tidak lupa juga Mafia, Peenutt dan Yanniz yang telah membantu dengan pewarnaan komik saya. Dan mereka yang terlibat secara tidak langsung dengan penghasilan komik ini.
Usaha ini membuktikan, seperti yang didendangkan; bahawa jika kita percaya kita boleh, kita boleh melakukannya. Tapi untuk melakukannya dengan baik, kita perlu bantuan rakan-rakan.




