Archive for November, 2007

Belok kiri, pandang kanan…

Friday, November 23rd, 2007

Saya berasa lucu setiap kali ditahan secara rambang oleh orang lalu lalang untuk bertanya arah:

Can you tell me where is the Jewish Memorial Museum?” – ada eh?
Excuse me, where can I take a bus to East Side?” – East tu belah mana pun saya tak tau, Cik.
Sorry sir, where iz le’M@#^&S?” – dia tanya di mana boleh tonton ‘les Miserables’. Saya menggeleng, tetapi hampir sejurus selepas saya beredar, ternampak Queen’s Theatre di mana pementasan itu ditayangkan. Maaf, Tourist-dude.
Get some weed, bruvs?” – er…takpe lah, lain kali saja.

Dan setiap kali ia berlaku, dalam hati saya bertanya “Do I look like I’m from around here, mate? Honestly!” (ya, kadangkala saya berbahasa Inggeris dalam hati). Saya baru dua bulan dan seminggu berada di sini. Kalau sudah lebih lama, mungkin saya dapat membantu.

Teori saya adalah, mungkin kerana saya tampak tidak membahayakan. Bila mereka memandang, seakan ada tanda “Non-threatening” di dahi saya. Kalau memang mereka tulus niat, tak mengapalah. Sekiranya ada yang berniat jahat, takut takut tanda yang mereka nampak di dahi tertulis “Victim“.
Yeah I get that once in a while,” kata Richard, penuntut Diploma Sejarah berasal Brighton, “but you probably get that more than me because you look older.”

Kau diamlah Richard.

Rakyat Gembira Berkilat

Friday, November 9th, 2007

shinyHappyPeople

Menurut kajian baru-baru ini, oleh seorang profesor psikologi analitik sosial di University of Leicester, Malaysia tergolong dalam 20 negara paling gembira (“bahagia” lebih tepat kot?) di dunia! Malaysia terletak di tangga ke-17 dalam senarai 178 negara tersebut. Cayalah! Malaysia boleh! *kompang*kompang*

“Participants in the various studies were asked questions related to happiness and satisfaction with life. The meta-analysis is based on the findings of over 100 different studies around the world, which questioned 80,000 people worldwide. For this study data has also been analysed in relation to health, wealth and access to education.

Walaupun sering kita dengar rungutan tentang kenaikan harga minyak, gula dan garam; tentang jambatan dan daerah pembangunan ekonomi; sistem kehakiman dan apa tidak… bancian ini ternyata menunjukkan rakyat Malaysia tetap lalai bahagia. Brunei lagi hebat, mereka menetap di tangga ke-9. Indonesia dan Singapura tidak kelihatan dalam senarai, kerana senarai penuh belum saya temukan.

Dalam laman web yang sama, Prof. Adrian White turut menyebut:

“It is worth remembering that the UK is doing relatively well in this area, coming 41st out of 178 nations.”

Piiiirahh! “..relatively well..” konon! That’s loser-talk! hehehehh.. :P

Tapi saya berpindah dari negara yang lebih bahagia ke negara yang “relatively-”bahagia. Ini menimbulkan persoalan: “What the fuck were you thinking?” -Doink! Kena balik kat batang hidung!

Suntingan: Formula menilai tahap kebahagian kini boleh dilihat di blog Abang Angsi. Menurut formula itu, saya mempunyai 72% kebahagiaan. Boleh la tu…
(more…)

Biar lambat, asalkan dapat..

Tuesday, November 6th, 2007

jemtat.jpg

Berkat sifat pemurah Cik Kuda Ronggeng, dan melalui saudara Omar, dapatlah saya menikmati kuih raya di perantauan. Biarpun kuih tersebut diterima tanggal 20 Syawal, kuih raya tetap kuih raya, tak kira bila! Mungkin dari gambar di atas, ia tidak kelihatan begitu cantik*. Namun seperti semua perkara, yang penting bukan rupa di luar, tapi apa yang ada di dalam.
Atau dalam kes ini, apa yang penting adalah apabila ia berada di dalam!

Thanks beb, muahhss!

* dan tidak begitu banyak, kerana saya telah menelan separuh darinya sebelum mengambil gambar.