Month: December 2007

“Is there a life jacket under your seat?”

-soalan rawak dari seorang rakan semasa kami menaiki keretapi dari Stesen Paddington ke Bath Spa. Keretapi!

Risau juga sekiranya memang ada jeket keselamatan di bawah tempat duduk keretapi (“selalu ke keretapi ni tenggelam? mana dia lalu?“).

Captain Harlock von Bohrtaag

von Bohrtaag

Sepatutnya perhatian ditumpukan pada pembelajaran, sebaliknya saya melukis lanun angkasa.

Kisah Aneh di Hari Minggu

Ringkas cerita, semasa saya melayari internet, saya terjumpa ni:

06_kudakepang.jpg
…sebuah buku diiklankan, dengan beberapa toyol menghiasi kulit tersebut. Blog tersebut dipautkan dari sebuah banner dari blog lain:

03_kickdefella.jpg

…juga dengan lukisan toyol yang sama. Yang menarik, dua tahun lepas, saya lukis lukisan ini:

toyol00.jpg

Aneh bukan? Tak?

Bagaimana jika saya katakan bahawa saya tidak tahu menahu perihal penerbitan buku tersebut, atau pembikinan banner yang mengiklankannya?

Aneh tak?

Terkini: Tuan punya buku telah pun dihubungi dan beliau memohon maaf akan kekeliruan yang berlaku. Dia juga menawarkan saya untuk mereka semula kulit bukunya secara sah.

© 2018 Go!Blog

Theme by Anders NorenUp ↑