Archive for February, 2008

Fizik!!

Friday, February 29th, 2008

Terlalu hebat.

Setem YB

Thursday, February 28th, 2008

Melawan Raksasa Rahsia

Wednesday, February 27th, 2008

sab.jpg
“Sneak peek” dari projek rahsia (baca:buang masa, bukan belajar).

miss you like hell

Monday, February 25th, 2008

s006_dominique.jpg

Isk, ingat dah tak nak buat lagi. Tapi bila gambar ini terkena dengan tajuk albumnya, “miss you like hell“, rasa sayang pula jika tidak mencuri kesempatan untuk menggubah satu lagi rekakulit olokan.

Artis: Dominique Colonna (penjaga gol Peranchis)
Album: miss you like hell
Bunyi macam: Stina Nordenstam nyanyi jazz atau Caroline (Where’s My Love?)

Juga sayang sekali akaun flickr saya sudah penuh. Teringin juga menayang hasil-hasil ni di sana.

Album terbaik yang tidak pernah didengar

Thursday, February 21st, 2008

faux01.jpg

Pernah dengar mana-mana dari album di atas? Kalau kamu jawab ‘ya’, kamu bohong. Kerana album-album tersebut tidak pernah wujud. Ia hanyalah rekayasa semata-mata yang terhasil dari gabungan rawak judul artikel wikipedia, beberapa perkataan dari petikan ayat dan foto dari flickr. (Ditemui dari sebuah post di CR Blog). Begini cara mainnya:

1) Judul artikel pertama dari link ini akan menjadi “Nama kugiran/artis”.

2) Empat perkataan terakhir dari petikan ayat terakhir dari laman ini dijadikan “Judul album”.

3) Gambar ketiga dari senarai flickr ini akan menjadi “Imej rekakulit”nya.

Berikut adalah beberapa contoh yang saya hasilkan:

s001_jalinwood.jpg

Artis: Jalin Wood (ratu cantik dari Mississippi)
Album: one does not lead. (petikan dari Oscar Wilde)
Bunyi macam: Azure Ray atau Feist.

s002_kalachakra.jpg

Artis: Kalachakra (elemen Buddhism Tibet)
Album: A Manner of Travelling (dari Margaret Lee Runbeck)
Bunyi macam: Jamiroquai + Anokha + Kula Shaker

s003_crushedlikefruit.jpg

Artis: Crushed Like Fruit (single kugiran InMe)
Album: Keep in the sunlight (dari Benjamin Franklin)
Bunyi macam: Madchester

s004_chrisadler.jpg

Artis: Chris Adler (samada pelakon atau pemain dram Lamb of God)
Album: (Come) To Terms with Everything (dari Georg Christoph Lichtenberg)
Bunyi macam: James Morrison, David Gray

s005_myfatherswife.jpg

Artis: My Father’s Wife (filem porno softcore)
Album: Less Likely Than Others (dari Jonathan Winters)
Bunyi macam: terrible, terrible emo.

Doom!

Wednesday, February 6th, 2008

doom.jpg

Cubaan pertama membuat catan digital menggunakan Photoshop. Letih! Subjek adalah rekaan semata-mata. Reka-semula watak Dr. Doom dari komik Fantastic Four. Saya cuba menerapkan gayarupa catan Eropah.

Klik imej untuk melihat lakaran asal.

Sticker Rassa, hey! Sticker Rassa-Rassa hey! Hey! Lihat nona jauh sticker Rassa-Rassa hey!

Monday, February 4th, 2008

rassa.jpg

Ini adalah sebuah pelekat di salah sebuah pondok bas di London. Pelekat itu berfungsi sebagai penyebar viral untuk www.alittletasteofmalaysia.com – oleh Rassa pembekal karipap di Manchester. (Dah lama tak rasa karipap…)
Pernah seketika dahulu saya berjinak-jinak dengan pergerakan menampal pelekat – sebuah cabang street art, sekiranya istilah itu benar wujud. Reka watak, cetak atas kertas pelekat, merayap dan tampal di ceruk-ceruk urban-bombing“, kata orang tua-tua. Teknik ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menceburi street art, tapi kurang mahir mengawal picu semburan cat. Ia juga berkesan untuk perletakan yang lebih sulit. Sekiranya “throw-ups” dan “pieces” lebih mengutamakan penerampilan yang lebih menonjol, pelekat adalah berskala lebih “intimate“. Aspek inilah yang menarik bagi saya.

Dengan melekatkan sekeping seni mini di celahan bandar, pada mulanya pasti tampak janggal. Namun bagi saya, sentuhan ini bagai menyatakan pada pelalu-lalang: “hey! sedarkah kamu akan ceruk ini yang kamu tempuhi tiap hari? sedarkah kamu akan benda-benda kecil di sekeliling kamu?“. Sekurangnya, itulah yang dibisikkan sebelum ia diumpil oleh pekerja kebersihan. Tetapi kegiatan ini sudah lama saya tinggalkan. Sebaliknya, rakan-rakan se-”bombing” dulu semakin mahir, semakin terasah bakat mereka (ada yang ke peringkat antarabangsa!). Syabas buat mereka, ketekunan mereka saya kagumi beserta iri.
Bila difikirkan, banyak juga perkara yang saya tinggalkan bersama KL.

Tapi, hey! Di tempat baru, rassa lah benda baru, kan?

Alfatihah

Sunday, February 3rd, 2008
ahmad zafranAllahyarham sebenarnya sudah lama mengidap penyakit jantung, Allahyarham memang sering ke IJN bagi mendapatkan rawatan. Mungkin sakitnya yang ditanggung ini tidak diceritakan kepada semua sahabat kerana Allahyarham merupakan seorang yang sangat pandai menyembunyikan kesusahan dan kesakitan yang dihidapi kepada sahabat-sahabat.
Allahyarham sebenarnya memerlukan jantung baru bagi meneruskan kehidupannya seperti sediakala. Tetapi perlu tunggu giliran katanya bagi mendapatkan jantung gantian.
Allahyarham tidak bangun dari tidur sejak malam tadi. Salah seorang ahli keluarga datang mengejutkannya, dan mendapati tubuhnya terasa sejuk dan hanya jasadnya yang terbaring.
- Al Jonos
Alfatihah buat saudara Ahmad Zafran Abd Mutalib @ Panaharjuna, dan takziah buat keluarga beliau.

Tengok kaki la…

Saturday, February 2nd, 2008

Cloverfield mula ditayangkan di pawagam.

Sahabat yang sekian lama tidak berjumpa, kerana baru pulang dari Malaysia, mengajak pekena nasi campur dan sisha.

Seorang teman semaktab menjemput saya untuk makan tengahari di rumahnya setelah terjumpa seorang lagi teman semaktab di Oxford Street (yang sedang bercuti bersama keluarganya).
Hujung minggu yang sangat menarik,

sekiranya kaki saya tidak sakit dan saya mampu untuk berjalan.

British Sea Power

Friday, February 1st, 2008

British Sea Power on stage

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke KOKO – venue tersohor Camden setelah beberapa lama menetap di sini, demi menyaksikan persembahan kugiran ulung ini.

(more…)