Archive for March, 2008

TigaPuluhKosongTigaKosongLapan

Monday, March 31st, 2008

Malam itu kami (Saya, Katak dan Ayree) berada di kediaman Irfan dan Manissa di Oxford setelah menjemput mereka yang baru kembali dari Tanahair. Walaupun digonggong jetlag, mereka tetap sudi menerima kami sebagai tetamu.
Saya dan Katak sedang beraksi (-dengan gagalnya) dalam Guitar Hero III, setibanya detik jam 12, tiba-tiba lampu ruang tamu terpadam. Ayree, Irfan dan Manissa muncul dari dapur, menatang kek kecil dan di atasnya tersusun lilin yang berupa huruf-huruf yang mengeja “H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y” :D
bday01.jpg
Sebelum memotong kek tersebut, saya menyusun semula huruf supaya mengeja nama saya (“vain”? agak ah.. :p).
bday02.jpg
Saya akui tersentuh dengan keraian malam tersebut. Apa perlu majlis keramaian, DJ dan/atau champagne, bila 4 rakan, Guitar Hero III dan ayam goreng Chicken Cottage (dengan Pepsi) sudah lebih memadai untuk menzahirkan kegembiraan ini. Sekurang-kurangnya, terubat sedikit duka kerana tidak dapat bersama yang tersayang.
Terima kasih Irfan + Manissa kerana sudi menerima kedatangan kami.
Terima kasih Ayree, kerana menumpangkan saya di Oxford.
Terima kasih Katak, kerana membuatkan saya nampak hebat bermain Guitar Hero III ! :D
(more…)

Pchew! Pchew!!

Friday, March 28th, 2008

pchewpchew.jpg
Tembakan lazer dari mata adalah jawapannya.

Pilihan Minggu Ini 080328

Friday, March 28th, 2008

ArtisJudul lagu

Iron & WineHouse by the Sea
dari album ‘the Shepherd’s Dog’ (2007), warnanya seram.

Vampire WeekendMansard Roof
album ‘Vampire Weekend’ (2008). Cuba tahan kaki anda dari bergoyang ketika mendengar lagu ini.

The FramesStar Star**
dari ‘Dance the Devil’ (1999). Antara lagu the Frames yang paling… oh.

Jens LekmanSipping on the Sweet Nectar
‘Night Falls Over Kortedala’ (2007). Rasa macam menonton Fantasy Island.

MewSymmetry
‘Frengers’ (2003). Dah lama dengar, baru dijumpai semula. Seperti bertembung dengan sahabat lama.

BeirutScenic World (Second Version)
‘Lon Gisland’ (2007). Setiap kali album baru Beirut ‘the Flying Club Cup’ dimainkan, saya tidak dapat tidak akan mengubah ke lagu dari EP yang tidak berapa baru ini.

Bat for LashesWhat’s a Girl to Do
‘Fur and Gold’ (2007). Mengingatkan kepada Little Trouble Girl oleh Sonic Youth.

Salji di Manchester!

Thursday, March 27th, 2008

snow01.jpg

Jam menunjukkan pukul 4 pagi, saya bangun untuk menutup jendela sebelum masuk tidur. Mata yang layu terus menyala segar apabila bintik-bintik putih kelihatan jatuh ke jalan. “Snow!!” seru saya kepada Bob, teman yang menumpangkan saya di Manchester. Bob yang terbaring antara sedar dan tidak, terus melompat dan mengejutkan teman serumah, Zahir dan Syukran. Kami bergegas keluar untuk menyambut salji yang turun. Lagaknya seperti musafir kehausan yang rindukan air. Maaf, saya tarik balik. Musafir tersebut mungkin tidak berkelakuan sepeghak kami.

snow02.jpg

Saya kurang pasti, tapi rasanya bola salji pertama dilancarkan oleh Zahir ke arah Bob. Kami saling berbalas lontaran, bergambar dan berlarian. Mendongak dengan mulut terbuka untuk merasa zarah-zarah langit dingin. Kalau tidak kerana kesejukan, pasti kami bermain lebih lama dan mengganggu lena jiran tetangga.snow03.jpg

And now for something completely different.

Saturday, March 22nd, 2008

Semua orang tahu bahawa semua orang suka Monty Python. OK, mungkin bukan semua, tetapi ramai yang menyukai Monty Python. Itu pun, jika mereka kenal siapa Monty Python. Ramai dari mereka yang mengenali Monty Python akan menyukai mereka. “Mereka” yang dimaksudkan di akhir ayat tadi merujuk kepada “Monty Python”, dan bukan mereka yang mengenal dan mengetahui siapakah “Monty Python”. Monty Python disukai oleh ramai orang yang mengenali mereka dan fakta ini diketahui oleh semua orang. Kalau tidak semua pun, segelintir. Tidak banyak, tetapi ada. Ada orang yang mengenali Monty Python tetapi tidak menyukai mereka, kerana bukan semua orang yang mengenali Monty Python suka akan mereka, tetapi bilangan mereka adalah ramai.
Pokoknya, hanya ada 2 perkara yang lebih baik dari menonton Monty Python:
1) Menonton Monty Python secara langsung di West End,
2) Menonton Monty Python dalam bentuk muzikal, dan
3) Menonton Monty Python dan mendapatkan kemeja-T eksklusif pementasan tersebut
oh, itu 3..
Baiklah, ada 3 perkara yang lebih baik dari menonton Monty Python:
1) Menonton Monty Python secara langsung di West End,
2) Menonton Monty Python dalam bentuk muzikal, dan
3) Menonton Monty Python dan mendapatkan kemeja-T eksklusif pementasan tersebut,
4) dan mungkin jika kebetulan tempat duduk anda bernombor D1, yang mana anda akan berpeluang untuk naik ke pentas dan dinobatkan sebagai “Best Peasant” oleh King Arthur..
..isk, 4 pulak! Ada 4 perkara yang lebih baik dari menonton Monty Python…

(Terima kasih Cik Nurul kerana membawa saya menonton SPAMalot, pementasan komedi muzikal oleh Monty Python yang disukai oleh ramai orang yang mengenali mereka :) )

Kemaskini: Bentuk dari Bunyi (kini dalam video)

Thursday, March 20th, 2008

Video demonstrasi bagi projek sekolah yang disebut di sini kini berada di YouTube. Sync-nya agak gagal, tapi memadailah untuk sekadar menggambarkan proses yang dimaksudkan.

Video dihasilkan oleh saudara Abdul Mohammed.
Lagu ‘Retreat! Retreat!’ oleh 65 Days of Static.
Dibina menggunakan processing serta Sonia.

Pilihan Minggu Ini

Wednesday, March 19th, 2008

Go!Blog kini mempunyai ciri baru, sebuah pemain mp3 yang menyenaraikan lagu pilihan saya setiap minggu. Er, “setiap minggu” di sini bermaksud “mengikut keinginan dan kerajinan saya”. Pemain mp3 yang digunakan ini adalah sama seperti yang digunakan oleh Paksu Belah Tepen. ;)
Dari masa ke semasa, ada sahaja lagu/artis yang ingin saya kongsi. Dengan adanya sudut Pilihan Minggu Ini, mungkin lebih mudah untuk saya berbuat demikian.
Saya sengaja mematikan fungsi “autoplay” supaya pengunjung tidak diganggu-kejut oleh lagu yang tidak diingini (dan mungkin menjengkelkan) setiap kali mereka mampir ke mari. (Cam, tiadalah setiap kali dibuka blog ni, keluar lagu Damien Rice, ye tak? :p)
Set pertama ini menampilkan lagu-lagu yang sering diputarkan dalam cakera keras saya kebelakangan ini:
+YunaDeeper Conversations: Kegilaan baru. Cayalah budak indie Malaysia! Singgahlah ke mySpace dia.
+MGMTTime to Pretend: Menarik.
+Ida MariaStella: Ditonton semasa gig Guillemots baru-baru ini.
+These New PuritansDoppelganger: Post-punk asal South End on Sea. Pertama kali ditonton sebagai pembuka British Sea Power
+British Sea PowerAtom: Kerana demamnya masih belum kebah.
+Los Campesinos!Broken Heartbeats Sound Like Breakbeats: kerana nama kugiran ini ada tanda seru!!!
dan
+GuillemotsMade Up Love Song #43: Seperti yang diceritakan beberapa entri lepas.

Saranan? Komentar? Bangkangan? Semua dialu-alukan

Ghwwraaghhh!! (darah kambing hitam tidak disediakan)

Monday, March 17th, 2008

s007_saepinum.jpg

Artis: Saepinum (nama tempat di Rom kuno)
Album: Only Wasted My Time (George Bernard Shaw)
Bunyi macam: ..haram

Guillemots @ Shepherd’s Bush Empire

Sunday, March 16th, 2008

shbush.jpg

Persembahan malam itu dibuka oleh Ida Maria. Setelah lagu kedua baru saya mengenali bahawa dia lah yang menyanyikan lagu “Stella” yang sering ke udara di corongan radio. Selesainya set tersebut, pentas kembali gelap buat beberapa minit sementara persiapan dibuat untuk menyambut kugiran utama malam ini.

guillemots.jpg
Apabila terbayang kelibat Fyfe Dangerfield, seluruh ruang bergema dengan tepukan dan sorakan penonton. Guillemots memulakan persembahan dengan single baru mereka, Kriss Kross diikuti dengan Made Up Love Song #43 – lagu pertama yang menambat perhatian saya yang terus menobatkan mereka sebagai “Kugiran Terbaik Yang Paling Kurang Dikenali” (sebelum takhta itu dirampas oleh Clap Your Hands Say Yeah).
Persembahan malam itu penuh bertenaga, dengan aturan yang rumit dan olahan bunyi yang teliti. Setibanya pada lagu “Big Dog”, ruang dewan yang luas seakan diisi dengan bunyi dalam bentuk pepejal. Lebih menarik lagi, lagu yang menyusul adalah “We’re Here”, yang disampaikan secara solo oleh Fyfe dan gitarnya. Persembahan beliau akan lagu tersebut adalah sangat menyentuh sehingga mampu membuatkan seluruh penonton terpegun dan terdiam. Kesunyian juga mampu berbentuk pepejal.

I’m Popeye the Sailormoon!

Sunday, March 16th, 2008

popaimoon.jpg
“dontcha wish your girlfriend was a freak like me? dontcha?”
“-moon” gedit? :D