J.Mizan – Aduh Sayang
J.Mizan – Hujan Sore Sore: Dua lagu J.Mizan hanya kerana Mak saya meminati nyanyian beliau.
Siti Zaiton – Malang Selalu: Lagu ni sangat ‘moody‘. Cuba bayangkan lagu ini dinyanyikan oleh Cat Power atau Feist. Lebih menarik jika ia dirakam semula oleh Portishead! Ouhh!!
R.Azmi – Pa’ Hitam: Lagu ini kedengaran lucu. Tetapi liriknya yang menggambarkan nafsu sybaritik Pa’ Hitam adalah sangat ‘disturbing’. “…kaki joget, kaki todi.raja botol serta whisky”
Mike Ibrahim & the Nite Walkers – Bang Selebu: Saya kurang pasti, tapi rasanya ini lagu rakyat. Ada sesiapa boleh pastikan? Bunyi gitarnya mirip Dungen. Mental!
Rafeah Buang – Tunggu Sekejap: Lagu dari filem Sargeant Hassan. Rakaman ini adalah terlalu indah. Feist dan Cat Power? Ternyata mereka bukan tandingan Rafeah Buang.
Kartina Dahari - Rindu: Ingatkah kalian akan sebuah adegan dalam filem ‘Ibu Mertuaku’ di mana Sabariah berguling angau tatkala lagu Kassim Selamat (Jangan Tinggal Daku) berkumandang di chorong radio? Keroncong ini mampu memberikan kesan yang sama.
Nikmatilah dengan penuh tanggungjawab.






