Archive for June, 2008

Eilean Donan

Wednesday, June 25th, 2008

donan04.jpg
Eilean Donan adalah sebuah istana kepunyaan Clan MacRae di Loch Duich, Barat Scotland.

donan02.jpg
donan03.jpg
Ia merupakan antara istana yang paling kerap difilemkan dan telah menjadi lokasi kepada filem-filem seperti Braveheart, The World is not Enough dan Kuch Kuch Hota Hai.

donan01.jpg

Hulk Smash!!!

Saturday, June 21st, 2008

hulksmash.jpg

Teksi Kuning Gedabak

Monday, June 16th, 2008

Setelah hampir seminggu terlantar kerana kaki bengkak, akhirnya hari ini saya berupaya untuk berjalan semula.
Perkara pertama yang saya lakukan adalah mandi. Kemudian keluar ke kedai untuk membeli bahan masakan. Begitu lama rasanya tidak merasai makanan panas, kerana selama terlantar saya hanya memakan roti dengan nutella dan biskut.
Oh indahnya nikmat berjalan! Serasa ada muzik latar dengan setiap langkah yang diambil.
Benar kata si Joni:
“kita tak tahu apa yang kita ada sehingga kita kehilangannya”

Dunvegan Castle

Monday, June 16th, 2008

dunv01.jpg

Masih di Isle of Skye, kami melawati Istana Dunvegan kepunyaan Clan McLeod of McLeod. Ia terus didiami/dimiliki oleh Clan McLeod selama hampir 800 tahun, menjadikannya istana yang paling lama didiami di Scotland.

dunv02.jpg

dunv03.jpg

Pilihan Minggu Ini 080611 – The Frames

Wednesday, June 11th, 2008

Song for Someone (dari album the Cost)
Pavement Tune (Dance the Devil)
Sad Songs (the Cost)
Sideways Down (Burn the Maps)
God Bless Mom (Dance the Devil)
Lay Me Down (For the Birds)
Fallen from the Sky (Once OST)


Glen Hansard + Marketa Irglova menyampaikan Falling Slowly di Sundance:

Isle of Skye

Wednesday, June 11th, 2008

Bersama pemandu pelancong kami, Peter McGillivray, kami dibawa dari Fort William untuk bersiaran di sekitar Isle of Skye – kepulauan dalam dia barat Scotland. Dari Mallaig kami menaiki feri menuju ke Armadale, “pintu belakang” Isle of Skye.

skye01.jpg

Melalui jalan-jlan kecil Skye, amat mudah untuk kita merasakan bahawa kita bersendirian di pulau ini apabila kita ditenggelami geografi yang indah lagi dramatik. Sekira adanya penempatan manusia, perletakannya cukup berharmoni dengan alam sekitar.

Sligachan
skye02.jpg
Jambatan lama Sligachan

skye02a.jpg

Carbost
skye03.jpg

skye04.jpg

Kami meneruskan perjalanan melalui A863 menuju ke Dunvegan di mana terletaknya Dunvegan Castle.

Apabila kita mengerang dalam kesakitan…

Wednesday, June 11th, 2008

…apakah kerang di lautan berbunyi sedemikian?

Fort William

Monday, June 9th, 2008

Pemandangan di sepanjang perjalanan dari Glasgow sememangnya indah. Melalui jalan kecil A82 di sepanjang Loch Lomond, melintasi jambatan di Ballachulish, pemandangan didominasi oleh loch membiru, bukit menghijau dan renjisan kuning Grose, sejenis bunga liar. Di kaki Ben Nevis, puncak tertinggi Kepulauan Britain, terletaknya sebuah pekan kecil bernama Fort William.
fwil01.jpg

Di Fort William, adalah mustahil untuk terlepas dari memandang ke arah Loch Linnhe (sebutannya “lokh linny”), airnya masin, dingin dan sangat jernih.
fwil02.jpg

Kerana kehadiran Ben Nevis dan bukit bukit lain di sekelilingnya, Fort William menjadi tumpuan para penggemar sukan lasak. Bagi yang tidak lasak, pemandangan di sahaja sudah cukup untuk menyesakkan nafas!
fwil03.jpg
fwil04.jpg

Walaupun banyak pemandangan indah di sini, tidak banyak gambar yang diambil kerana kami terlalu sibuk ternganga penuh kekaguman! :D

Edinburgh I

Sunday, June 8th, 2008

Kami tiba di Edinburgh disambut cuaca mendung stereotaip Scotland. Namun itu tidak menghalang kami dari terus menjelajah bandar lama ini.

edin01.jpg

Edinburgh Castle:
edin02.jpgedin02a.jpg

St. Giles Cathedral di Royal Mile:
edin04.jpgedin03.jpg

Sekitar High Street:
edin05.jpgedin06.jpgedin07.jpg

Scottish Parliament:
edin08.jpgedin09.jpg

…berlatarkan Salisbury Crags. Lagi gambar Edinburgh di bahagian ke-II.