Archive for July, 2008

Selamatkan Kuala Lumpur

Thursday, July 31st, 2008

Pesanan dari Mark Teh:

our concern about the reactions so far is that they largely seem to be coming from upper-middle class Residents Associations, and so are trying to pull others to be involved. it would be great if you could post something on the blog Hardesh started: http://visionkl2020.blogspot.com/

the question we’re asking is: What is YOUR vision for KL come 2020? What does it mean to be a world-class city? We are working to collect public opinion here to be forwarded to the relevant authorities. Please leave your FULL NAME & IC/Pasport Number following your post.

Sepi di Shaftesbury

Thursday, July 31st, 2008

sepi.jpg

Tidak pernah terbayang yang saya akan menonton sebuah filem Malaysia di Odeon Shaftesbury Avenue.
Walaupun tiba sedikit lewat, tetap sahaja saya terhibur filem arahan Khabir Bhatia ini. Secara umumnya, cerita dan penceritaanya bagus, lakonannya bolehdipercayai, sinematografi agak ‘decent’. Namun sedikit meleret di penghujung dan kesinambungan ‘kantoi’ di satu dua tempat.

Peribahasa ada menyebut: “Bagai sudah menonton percuma, dapat bergambar dengan artis”, selepas tontonan percuma itu, saya sempat bergambar dengan dua aktres jelita idaman Malaya: Vanida Imran dan Maya Karin! (dan mamat baju batik tu).

vanidasayadanmaya.jpg

Selepas ini, sekiranya saya tidak mengendahkan mesej dari kalian, harap kalian faham-faham lah ya? ;)

Langkah pertama untuk mengatasi masalah adalah dengan mengenalpasti masalah tersebut

Monday, July 28th, 2008

…dan masalah saya adalah:

I decided, pretty typically of me, that if I couldn’t win then I wasn’t going to play.
I was always one of those sulky children who sort of couldn’t stand to lose at Monopoly, Cluedo, anything.
– Alan Moore

dan untuk saya menyedari hakikat ini, saya memerlukannya dituturkan oleh seorang ahli sihir berjambang penyembah Glycon dari Northampton adalah suatu masalah lain.

Oh, dan tidak memadai dengan hanya mengenalpasti. Mengatasinya adalah suatu lagi masalah lain.

Kali Pertama

Friday, July 25th, 2008

Sedang kusut-kusut ni kalau layan tag orang pun er… layan gak.

Kali pertama (tag game)
Tagged by Ana Rooty (tak tahu samada orang yang tiada Yahoo360 boleh tengok atau tidak blog ni)

1) 1st time naik kapal terbang
Dalam umur 10-12 tahun. Pergi ke Langkawi bersama arwah Paktok.

2) 1st time beranak
“Kau nak kata aku gemuk ye Ana?”

3) 1st time gi overseas
1997, semasa cuti sebelum percubaan SPM. Saya dipaksa membawa buku ulang kaji. Setidak-tidaknya boleh la saya mengaku pernah “belajar” di luar negara.

4) 1st time duduk jauh drp family
Masa umur 16 tahun, masuk asrama.

5) 1st time kerja….
Selepas SPM, saya bekerja dengan syarikat katering. Kerjanya mencuci pinggan.

6) 1st time rasa diri gemuk
Bilanya yang tak pernah?

7) 1st time bercinta?
Darjah 4. Marilyn. :)

8) 1st time rasa diri cantik??
Lihat jawapan soalan 6.

9) 1st time masuk cinema
1990. Filem Teenage Mutant Ninja Turtles.

10) 1st time admitted in hospital
Alhamdulillah, belum pernah lagi.

Siapa saya mahu tag?
Dalai Lama, Alan Moore dan Ahmad Shabery Cheek.

Hantoo dalam Komikoo

Thursday, July 24th, 2008

cover komikoo #4
Lukisan kulit Komikoo#4 oleh Kromosom.

Ini cerita lama, kerana awal Julai lagi komik ini sudah berada di pasaran.
Saya sendiri tidak(belum) memilikinya (mana nak dapat di London ni?), tapi menurut Tarakucha, isu ini menampilkan komik oleh Adijin, Kromosom, Lobak, Popia (hmm..popia!), Ben, Baba Chuah dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan ilustrasi penghias artikel oleh Tarakucha dan saya sendiri:

kucha illo
Ilustrasi oleh Tarakucha.

pup.jpg
Ilustrasi oleh saya, gambar foto dan model ikhsan Tarakucha.
Klik gambar untuk melihat ilustrasi sepenuhnya.

(Terima kasih saudara Fairul Nizam di atas peluang ini :) )

Pilihan Minggu Ini 080719

Friday, July 18th, 2008

The Bird & The Bee – Again & Again (The Bird & The Bee)

Brendan Canning – Churches Under the Stairs (Broken Social Scene Presents: Brendan Canning – Something for All of Us)
Lagu ini pertama kali didengari ketika persembahan Broken Social Scene di Shepherd’s Bush Empire.

Beck – Walls (Modern Guilt)

Born Ruffians – Barnacle Goose (Red, Yellow & Blue)

Jack Conte – First Day of My Life/Flim: Bright Eyes/Aphex Twin mashup (mp3 download)
Mesti dengar. Elektronik akustika. Jack Conte masih belum bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman. Dan seperti semua artis indie hari ini, beliau mempunyai laman mySpace.

the Notwist – Gloomy Planets (You Me + the Devil)
Indie/ambient dari Weilheilm, Germany.

Andrew Bird – Plasticities(Remix) (Soldier On EP)
Lagu asalnya dimuatkan dalam album Armchair Apocrypha.

I Met the Walrus

Tuesday, July 8th, 2008

Lukisannya indah, animasinya menawan.

Sedutan dari laman YouTube:

In 1969, a 14-year-old Beatle fanatic named Jerry Levitan, armed with a reel-to-reel tape deck, snuck into John Lennon’s hotel room in Toronto and convinced John to do an interview about peace. 38 years later, Jerry has produced a film about it. Using the original interview recording as the soundtrack, director Josh Raskin has woven a visual narrative which tenderly romances Lennon’s every word in a cascading flood of multipronged animation. Raskin marries the terrifyingly genius pen work of James Braithwaite with masterful digital illustration by Alex Kurina, resulting in a spell-binding vessel for Lennon’s boundless wit, and timeless message.

Klik di sini untuk menonton dalam resolusi yang lebih tinggi.

Pride dan Prejudis

Saturday, July 5th, 2008

Pernahkah anda mendengar sesiapa menuturkan “That’s SO gay!” ?
Tidak kira apa pun subjek yang dimaksudkan oleh penutur itu, sehampir pasti ia tidak mampu menandingi apa yang telah saya saksikan hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan (dan lain lain), mempersembahkan: London Pride Parade ’08!

pride01.jpg
Tengok la “Wonder Woman” ini (“I wonder if she’s really a woman?” ), janggutnya diwarnakan supaya sepadan dengan top, sarung tangan dan but paras lututnya! Sedondon gitew occay??

Anda perlu klik pautan di bawah untuk membaca lebih lanjut, kerana ia mengandungi gambar-gambar yang mampu mengganggu ketenteraman sesetengah penonton.
(more…)

Pilihan Minggu Ini 080702

Tuesday, July 1st, 2008

Komplot - Konflik
Born RuffiansHummingbird
Black KidsI’m Not Going to Teach Your Boyfriend How to Dance with You
Shout Out LoudsTonight I Have to Leave It
AdeleChasing Pavements
Trashcan SinatrasAll the Dark Horses
The Glasgow Caledonian Strathespey & Reel SocietySlow Air: Mrs Hamilton of Pencaitland

Buta Huruf, Buta Kayu

Tuesday, July 1st, 2008

Mungkin tidak adil jika kita menilai ke(tidak-)pintaran seluruh warga Amerika Syarikat berdasarkan video ini. Dan mentertawakan mereka yang tidak tahu adalah zalim dan tidak manis. Namun tetap sahaja video ini lucu.
Ah, rasanya orang Malaysia pun sama. Melainkan soalan yang ditanya berkisarkan Akademi Fantasia! :D