Archive for September, 2008

Maaf Zahir Batin

Friday, September 26th, 2008

kadraya08b.gif

Pameran MSc. AAC di Bartlett

Wednesday, September 24th, 2008

Sambutan malam pembukaan amat memberangsangkan dengan kunjungan seluruh warga Bartlett. Lebih istimewa para tetamu industri dari Fosters & Partners dan KPF turut hadir pada malam itu.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan sekelas yang bertungkus lumus selama seminggu menyediakan pameran ini: Nilufer, Orhan, Olga, Marianthi, Abel + James.
Dan juga kepada Zaa kerana memberi bantuan kecemasan :)

xebit1.jpg
Olga + Nilufer mengukur.

xebit2.jpg
Olga, Orhan + Nil mengemas.

xebit3.jpg
Bahan pameran.

xebit4.jpg
Para hadirin.

Pilihan Minggu Ini 080916

Tuesday, September 16th, 2008

Smashing Pumpkins – The Beginning is the End is the Beginning
Ida Maria – I Like You So Much Better When You’re Naked
Kings of Leon – Revelry
Noah and the Whale – 5 Years Time
Beirut – The Penalty
Stereolab – Silver Sands
Butterfingers – Mati Hidup Kembali

Juadah Ramadhan

Tuesday, September 16th, 2008

lambok.jpg

Pada Jumaat lepas, kami seisi rumah menikmati bubur lambok yang dibuat sendiri, begitu juga kepulan wap Photoshop di dalam gambar di atas.

Permulaan adalah Penghujung adalah Permulaan

Tuesday, September 16th, 2008

Akhirnya berjaya saya menyiapkan dan menghantar tesis. Selebihnya tinggal berdoa dan tawakal.
Babak penutup ini bermula pada hari sebelumnya, di mana Edmund bersetuju untuk membawa keretanya ke London untuk mengangkut segala harta yang ada (yang asalnya 75 liter kini sudah berganda bilangannya). Dia pulang bersama barang angkutan sementara saya tinggal di London demi memulangkan kunci bilik dan menghantar tesis keesokan harinya.
Cuaca amat baik pada hari September itu. Mengenangkan entah bila akan ditemukan dengan peluang sebegini, saya berkeputusan untuk merayau. Dari Regents Park ke Camden Lock Market, pulang menunaikan fardhu Zohor sebelum ke Hampstead Heath. Pada masa itu, timbul rasa letih beserta sedikit kesal dan kaki mulai kesakitan (“kenapa la tak lepak je kat bilik?“). Dugaan.
Menjelang senja saya menuju ke rumah Kamal di Ilford, atas jemputannya untuk berbuka. Makanan pelbagai serta lazat belaka. Namun kerana tubuh keletihan, tiada pula saya melantak semahunya. Berbual sehingga malam kelarutan, menyebabkan saya ketinggalan keretapi pulang dari Stratford. Dugaan.
Pagi esoknya saya dikejutkan oleh bunyi riuh di luar bilik. Rupanya tetangga cemas mendengar khabar bahawa kunci bilik perlu dipulangkan sebelum jam 10 (yang tidak benar pun, saya memulangkannya hampir jam 4 petang). Setelah bersiap, saya keluar dengan tujuan memungut tesis yang dihantar jilid Khamis lalu. Kurang satu jam saya mundar mandir di sekitar Old Street, mencarikan “25, Holywell Road” walhal kedai tersebut terletak di “25, Holywell Row“. Dugaan.
Selesai menghantar, saya meluangkan masa bersama rakan sekelas yang sudah lama tidak bersua. Masing masing merasa lega tapi terlalu letih untuk berasa gembira. Saya pulang dan berehat buat kali terakhir di bilik Q2 itu yang kini terasa kosongnya. Petang makin menjelang dan setelah memulangkan kunci bilik ke pejabat kolej, saya membantu rakan sekelas dan jiran seberang koridor, Kaiti memindahkan barang sambil menuntun Si Sepeda Hijau. Kami mengucapkan selamat tinggal lalu saya pun terus mengayuh menyusuri Regents Canal menuju ke Marble Arch untuk mendapatkan bas express pulang ke Oxford. Perjalanannya menarik tetapi meletihkan. Apatah lagi bila laluan itu tidak pernah ditempuhi (sesat la tu). Dugaan.
Setibanya di Oxford, hampir waktu berbuka puasa. Tepat detik 7:26pm saya disajikan jemput jemput ikan bilis Si Katak dan teh tarik Edmund. Nikmat.
Terukir senyuman apabila mengenangkan bahawa pada hari ini, setahun lalu, perjalanan ini bermula dengan saya menjejakkan kaki ke bumi Inggeris Raya ini. Sememangnya perjalanan yang meletihkan, menyakitkan kaki, penuh dengan dugaan dan nikmat.
Di sini penghujungnya dengan penyiapan tesis. Di sini juga permulaan langkah seterusnya.

Siaran Tertunda

Saturday, September 13th, 2008

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua.

Menghembus nafas panjang

Thursday, September 11th, 2008

growsequence.jpg

Hari Isnin muka garang
Selasa gemilang
Rabu, Khamis bagi ruang
Jumaat, Sabtu, Ahad kita
Merdeka

yang tinggal hanya doa dan tawakal.