Archive for October, 2008

Pilihan Minggu Ini 081028 – Dendang Perantau

Tuesday, October 28th, 2008

Salam para pembaca sekalian!
Pilihan lagu bagi minggu ini adalah berdasarkan bandar-bandar yang saya lawati baru-baru ini.

Belle & Sebastian – Another Sunny Day (Edinburgh, walaupun B&S adalah kugiran asal Glasgow)
Suede – Lazy (London)
the Dubliners – the Rocky Road to Dublin (agak-agak lagu ini mewakili bandar apa?)
Glen Hansard – Broken Hearted Hoover Fixer Sucker Guy (sudah dapat atau belum?)
Sergio Cammariere – Il Mare (Roma)
R.Azmi – Pa’ Hitam (Paris?)
Air – All I Need (Paris)
Connie Francis – La Vie en Rose (Paris)

Lebaran di Oxford

Friday, October 10th, 2008

Cerita lama.
Seronok juga beraya bersama komuniti Malaysia di Oxford. Ada takbir bersama solat sunat Aidilfitri.
Lebih seronok adalah sesi makan memakan selepas itu! Ada lontong, laksa, pulut manis dan pelbagai juadah.
Selepas solat dan makan, Saya, Katak dan Irfan bersiap menyediakan makanan untuk rumah terbuka di rumah Irfan.
Lucu juga apabila enam tangan mengerjakan bubur jagung, berdasarkan resipi Si Manisah.
Pada malam yang dingin itu, kami di luar membakar sate. Sate yang mengambil dua hari persiapan bagi menyediakan daging ayam, nasi impit serta kuah kacang.
Rasa suatu pencapaian besar apabila pertama kali menyediakan sate secara sendiri (OKlah, Katak tolong cucuk) dan mendapat sambutan ramai. Alhamdulillah :)