Kisah Si Tanggang diceritakan dalam bentuk lukisan panjang. Klik gambar di atas untuk memperbesarkan cerita.
Archive for May, 2009
Si Talang, Si Deruma dan anak mereka Si Tanggang
Thursday, May 28th, 2009Tanggang Langgang
Monday, May 25th, 2009
Kalau hidup adalah rancangan TV bersiri, saya berada pada episod yang mana segala piuhan plot berlaku serentak. Akibatnya turutan babak menjadi kencang dengan suntingan yang sibuk dan kamera ala cinema verité.
Tamattempoh-saman-melukis-memandu-sakitbelakang-temubual-demam-melukis-serangancemas.
Mujur rancangan saya mempunyai unsur komedi suram.
Tahniah, tahniah, tahniah!
Monday, May 11th, 2009Musim berita baik nampaknya (tolak selsema babi dan kegawatan global lah).
Tahniah buat Ajis (Tarakucha) + Imee (Tarakuchee) kerana selamat menyambut kelahiran puteri sulung mereka, Tun Aafiyah Humaira.
Tahniah juga buat Adie Mursyidi kerana berjaya dalam misi perisikan ke atas Azhana Sharim!
Tahniah juga buat Saya, kerana telah memutuskan kontrak dengan Streamyx (rasanya seperti membuang hingus yang lama terkumpul di rongga hidung!)
Tahniah sekali lagi, sorak!


