Ruang dan Rangsangan – oleh Fatimah Zubir

Hujan di luar tidak terasa dinginnya. Kerja di kantor tak terasa bebannya (mungkin pasal kau 2 hari tak datang, idiot! *kdish!*). Yang terasa mungkin gelodak asid berterusan di dasar perut (tu yg aku terpaksa ambik MC 2 hari, idiot! *kdish!* ko balik). Pemerhatian yang boleh dikira menarik: apabila kita tidak dibanjiri rangsangan luaran, kita akan lebih sedar akan Diri serta lingkungan hampir kita.

Dan saya terlentang di situ melintangi katil. Merenung terus ke hadapan melewati kipas dan terhenti ke siling plaster kosong. Tangan mendakap ‘Trainspotting’ yang tidak sudah-sudah dibaca. Manakala telinga pula didakap hedfon TDK MP100 (bukan hedfon paling hebat di dunia pun, namun ia punya “character“). Dibuai alunan suara Feist seindah siren layaknya, menuntun kapal menuju bobrok: “did I…did I…did I?
Terlintas di kepala, mungkin ini sahaja sudah memadai, tidak perlu Lebih Dari Ini.

Pemerhatian yang boleh dikira menarik: apabila kita tidak dibanjiri rangsangan luaran, kita akan mencari rangsangan lain.

3 Responses to “Ruang dan Rangsangan – oleh Fatimah Zubir”

  1. irondanwine says:

    Bot,

    cakap kat ms. fatimah zubir aku kim salam.

  2. saya says:

    kau nk suh dia signkan copy kau skali?

  3. wanfuad says:

    daymn; last skali aku dgr nama ni masa krit en basyir.
    daymn.

Leave a Reply