Alfatihah

ahmad zafranAllahyarham sebenarnya sudah lama mengidap penyakit jantung, Allahyarham memang sering ke IJN bagi mendapatkan rawatan. Mungkin sakitnya yang ditanggung ini tidak diceritakan kepada semua sahabat kerana Allahyarham merupakan seorang yang sangat pandai menyembunyikan kesusahan dan kesakitan yang dihidapi kepada sahabat-sahabat.
Allahyarham sebenarnya memerlukan jantung baru bagi meneruskan kehidupannya seperti sediakala. Tetapi perlu tunggu giliran katanya bagi mendapatkan jantung gantian.
Allahyarham tidak bangun dari tidur sejak malam tadi. Salah seorang ahli keluarga datang mengejutkannya, dan mendapati tubuhnya terasa sejuk dan hanya jasadnya yang terbaring.
- Al Jonos
Alfatihah buat saudara Ahmad Zafran Abd Mutalib @ Panaharjuna, dan takziah buat keluarga beliau.

2 Responses to “Alfatihah”

  1. Innalillah… sedihnye… banyak pulak berita kematian lately…

  2. saya says:

    “banyak pulak berita kematian lately…”

    i was thinking exactly the same thing…

Leave a Reply