
dari lagu ‘Retreat! Retreat!’ oleh 65 Days of Static
Sekilas pandang, pengunjung kasual ke blog ini akan menyangka bahawa saya hanya melancong, menonton gig, melukis kartun dan makan sahaja di sini. Oh tidak..! di celah-celah kegiatan yang disebutkan tadi, saya juga membuat kerja-kerja berkaitan pengajian.
Kami baru sahaja menyiapkan sebuah projek yang bertema “Growth” – bina sebuah program/model/simulasi komputer yang menunjukkan pertumbuhan. Saya (terpaksa) memilih pertumbuhan berdasarkan bunyi. Ideanya, sesebuah lagu akan menghasilkan satu bentuk berdasarkan melodi, kelangsingan dan sebagainya. Tentu sekali, lain lagu, lain bentuk yang terhasil. Contohnya seperti imej di atas, ia dihasilkan apabila lagu ‘Retreat! Retreat!’ dimainkan, sambil bongkah2 tersebut membesar dan berputar pada 3 paksi mengikut bunyian yang dihasilkan oleh lagu tersebut.
Lagu tersebut berbunyi bingit, rumit dan padu. Maka bentuk yang terhasil kelihatan “lantang”.
Sebagai perbandingan, lihat pula bentuk yang terhasil apabila lagu lain diputarkan:

D.A.N.C.E. oleh Justice – Berlapisan, tidak sebingit ‘Retreat! Retreat!’

Boy with a Coin oleh Iron & Wine – Menampilkan vokal dan gitar akustik.
Saya agak kesal kerana projek ini tidak mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Antaranya, tidak banyak perbezaan dapat dilihat antara lagu yang keras/rancak dengan lagu yang berirama lebih lembut. Ia juga gagal untuk mengesan rentak, irama dan ‘warna’ bunyian dari lagu-lagu yang dimainkan. Terlalu banyak aspek yang perlu diambil kira, tambahan pula ilmu dan masa adalah amat terbatas.



aku kira ni mcm equalizer win media player o winamp, mcm best, tapi lagi best kalu dapat bezakan bunyi tu dalam kaler n nampak dinamik (sepertimana yang kau kehendakkan), aku tak paham sgt, tapi aku suke
bagi org yg tak reti buat, ni kire power dan boleh dibanggekan laa b-(
kalo lagu hetty koes endang…si jali-jali tuh ..ntah camner agaknyer ekk bentuk dia? teringin jugek nak tgk!….
p/s:terima kasih botak kerana menghormati puak minoriti yang tidak bisa akses kepada you tube…!=)
tanglong: hehe..tenkiu
takeru: er..”tenkiu” kot?
sitah: aku x de “Si Jali Jali” hetty koes endang. allahyarham sudirman nyer ada a. bila try pasang yg tu, hasil dia cam “Retreat! Retreat!” gak, tp cam lagi sekata, biru muda panjang2, biru tua pendek2.
[...] Video demonstrasi bagi projek sekolah yang disebut di sini kini berada di YouTube. Sync-nya agak gagal, tapi memadailah untuk sekadar menggambarkan proses yang dimaksudkan. [...]