Barisan untuk masuk ke Forum melingkar ke sisi bangunan ini yang dari luar kelihatan tidak terurus. Hiasan dalaman dewan persembahan utama bercorak Romawi sempena namanya. Ruang dewan ini dipenuhi bunyi penonton yang sedang perlahan masuk seiring dendangan Feist di latar belakang.
Saya terpandang poster bersaiz A4 yang tertulis: ‘7.00pm: Door | 8.05pm: Bon Iver | 9.00: Iron & Wine‘. Wah! Bon Iver pun main malam ni? Ini sudah cukup baik, pucuk dicita, seluruh pasar tani mendatang layaknya!

Bon Iver masuk langsung memainkan lagu mereka ‘Flume’. Selesai lagu tersebut barulah mereka memperkenalkan diri. Suara Justin Vernon memang memukau. Bunyi Bon Iver secara langsung boleh diumpamakan sebuah jeram: indah dalam pergerakannya, pada masa yang sama merbahaya jika lemas dihanyutkan arusnya.


Sam Beam dan rakan-rakan muncul di pentas setelah beberapa minit persiapan dilakukan. Tanpalengah beliau terus memainkan ‘Passing Afternoon’, tetapi dengan tempo yang sedikit rancak. Malah keseluruhan set malam itu mengemukakan lagu-lagu baru dan lama tetapi dengan perbezaan. Lagu rancak diperlahankan, lagu sayu dirancakkan. Jika Bon Iver adalah jeram, Iron & Wine adalah bersiaran di taman indah yang besar. Kita dibawa dari suatu taman ke suatu taman lain dengan setiap peralihan dari sebuah lagu ke lagu lain yang dialun dengan begitu halus. Persembahan malam ini disudahi dengan encore ‘Trapeze Swinger’ yang dibawakan oleh Sam dan Sarah Beam.
Manis.



Siut ah Bohrtaag.
Dapat dengar Flume pulak tu. Gila babi.
Tsk.
bukan stakat flume, 4 lagu pertama dr album dia dia main…siap ada bunga2 jamming lg! gila mmg babi! oh! oh! oh!