Pride dan Prejudis

July 5th, 2008

Pernahkah anda mendengar sesiapa menuturkan “That’s SO gay!” ?
Tidak kira apa pun subjek yang dimaksudkan oleh penutur itu, sehampir pasti ia tidak mampu menandingi apa yang telah saya saksikan hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan (dan lain lain), mempersembahkan: London Pride Parade ‘08!

pride01.jpg
Tengok la “Wonder Woman” ini (”I wonder if she’s really a woman?” ), janggutnya diwarnakan supaya sepadan dengan top, sarung tangan dan but paras lututnya! Sedondon gitew occay??

Anda perlu klik pautan di bawah untuk membaca lebih lanjut, kerana ia mengandungi gambar-gambar yang mampu mengganggu ketenteraman sesetengah penonton.
Read the rest of this entry »

Pilihan Minggu Ini 080702

July 1st, 2008

Komplot - Konflik
Born Ruffians - Hummingbird
Black Kids - I’m Not Going to Teach Your Boyfriend How to Dance with You
Shout Out Louds - Tonight I Have to Leave It
Adele - Chasing Pavements
Trashcan Sinatras - All the Dark Horses
The Glasgow Caledonian Strathespey & Reel Society - Slow Air: Mrs Hamilton of Pencaitland

Buta Huruf, Buta Kayu

July 1st, 2008


Mungkin tidak adil jika kita menilai ke(tidak-)pintaran seluruh warga Amerika Syarikat berdasarkan video ini. Dan mentertawakan mereka yang tidak tahu adalah zalim dan tidak manis. Namun tetap sahaja video ini lucu.
Ah, rasanya orang Malaysia pun sama. Melainkan soalan yang ditanya berkisarkan Akademi Fantasia! :D

Eilean Donan

June 25th, 2008

donan04.jpg
Eilean Donan adalah sebuah istana kepunyaan Clan MacRae di Loch Duich, Barat Scotland.

donan02.jpg
donan03.jpg
Ia merupakan antara istana yang paling kerap difilemkan dan telah menjadi lokasi kepada filem-filem seperti Braveheart, The World is not Enough dan Kuch Kuch Hota Hai.

donan01.jpg

Hulk Smash!!!

June 21st, 2008

hulksmash.jpg

Teksi Kuning Gedabak

June 16th, 2008

Setelah hampir seminggu terlantar kerana kaki bengkak, akhirnya hari ini saya berupaya untuk berjalan semula.
Perkara pertama yang saya lakukan adalah mandi. Kemudian keluar ke kedai untuk membeli bahan masakan. Begitu lama rasanya tidak merasai makanan panas, kerana selama terlantar saya hanya memakan roti dengan nutella dan biskut.
Oh indahnya nikmat berjalan! Serasa ada muzik latar dengan setiap langkah yang diambil.
Benar kata si Joni:
“kita tak tahu apa yang kita ada sehingga kita kehilangannya”


Dunvegan Castle

June 16th, 2008

dunv01.jpg

Masih di Isle of Skye, kami melawati Istana Dunvegan kepunyaan Clan McLeod of McLeod. Ia terus didiami/dimiliki oleh Clan McLeod selama hampir 800 tahun, menjadikannya istana yang paling lama didiami di Scotland.

dunv02.jpg

dunv03.jpg

Pilihan Minggu Ini 080611 - The Frames

June 11th, 2008

Song for Someone (dari album the Cost)
Pavement Tune (Dance the Devil)
Sad Songs (the Cost)
Sideways Down (Burn the Maps)
God Bless Mom (Dance the Devil)
Lay Me Down (For the Birds)
Fallen from the Sky (Once OST)

Glen Hansard + Marketa Irglova menyampaikan Falling Slowly di Sundance:

Isle of Skye

June 11th, 2008

Bersama pemandu pelancong kami, Peter McGillivray, kami dibawa dari Fort William untuk bersiaran di sekitar Isle of Skye - kepulauan dalam dia barat Scotland. Dari Mallaig kami menaiki feri menuju ke Armadale, “pintu belakang” Isle of Skye.

skye01.jpg

Melalui jalan-jlan kecil Skye, amat mudah untuk kita merasakan bahawa kita bersendirian di pulau ini apabila kita ditenggelami geografi yang indah lagi dramatik. Sekira adanya penempatan manusia, perletakannya cukup berharmoni dengan alam sekitar.

Sligachan
skye02.jpg
Jambatan lama Sligachan

skye02a.jpg

Carbost
skye03.jpg

skye04.jpg

Kami meneruskan perjalanan melalui A863 menuju ke Dunvegan di mana terletaknya Dunvegan Castle.

Apabila kita mengerang dalam kesakitan…

June 11th, 2008

…apakah kerang di lautan berbunyi sedemikian?