May 11th, 2008
Sempena pertunjukannya di the Forum, Kentish Town Jumaat ini, Go!Blog mempersembahkan: Iron & Wine.
Judul Lagu (Judul Album)
Naked as We Came (Our Endless Numbered Days)
Communion Cups & Someone’s Coat (b-side dari single Passing Afternoon)
Carousel (The Shepherd’s Dog)
Sea & the Rhythm (dari EP the Sea & the Rhythm)
Lion’s Mane (The Creek Drank The Cradle)
Bird Stealing Bread (The Creek Drank The Cradle)
Resurrection Fern (The Shepherd’s Dog)
Posted in Pilihan Minggu Ini | No Comments »
May 11th, 2008

Di celah-celah barangan antik pasar Jalan Portobello, saya telah ditemukan dengan si genit hijau ini. Kini dapatlah saya meronda sekeliling kota tanpa meningkatkan telapak karbon saya. Kan lebih “hijau”?
Posted in Entah | No Comments »
May 11th, 2008

Hari ini dalam sejarah! Saya membuat karipap sendiri!
Intinya kentang dan bawang sahaja. Kulit ‘puff-pastry’ yang dibeli di pasaraya.
Semua ini tidak akan berjaya tanpa jasa pengapit karipap ikhsan Sidin Rassa (tengs wei!)
:)
Posted in Entah | No Comments »
May 10th, 2008
Posted in Contengan | No Comments »
May 7th, 2008
Setapak sahaja keluar dari bangunan fakulti semalam, saya terfikir: ‘Oh! hari terlalu indah untuk saya pulang!‘.
Dengan suhu maksima 23 darjah celsius dan angin sepoi-sepoi bahasa Inggeris, cuaca semalam sememangnya indah! Justeru, saya berkeputusan untuk ke Taman Regent berbekalkan jus oren dan akhbar percuma untuk bersantaian.



OKlah, saya terpaksa meminta diri. Kerana hari ini cuaca begini juga!
Posted in Racauan | 1 Comment »
May 6th, 2008
Jalan jalan cari makan di “Munch”ester:

Nasi Kerabu

Lontong

Kek Beri Biru dengan Keju

Soto
Tidak (sempat) digambarkan: Apple Crumble dengan aiskrim dan Karipap Rassa
Bob, Sogol + Izee, Sidin sekeluarga: Terima kasih daun keladi!
Posted in Racauan | No Comments »
May 6th, 2008

Saya diberitahu oleh saudara Strazawaf akan kemunculan lukisan saya di dalam Ethnographic Edged Weapons Resource Site, sebuah laman senjata tajam tradisional.
Hati tersenyum apabila membaca penghargaan para pengunjung di situ:
“…I saw an animation website, a very creative sketches were made indeed. OK this is not really about keris, but to a certain extent the keris has ‘evolve’…”
“…It’s nice to see that the motifs are still vital.”
“…hmmm…i look forward to next summer’s blockbuster movie.
“
Tambah menarik apabila melihat forum tersebut dikunjungi oleh bangsa asing yang menghargai warisan budaya kita.
Posted in Racauan, Contengan | 5 Comments »
April 30th, 2008
J.Mizan - Aduh Sayang
J.Mizan - Hujan Sore Sore: Dua lagu J.Mizan hanya kerana Mak saya meminati nyanyian beliau.
Siti Zaiton - Malang Selalu: Lagu ni sangat ‘moody‘. Cuba bayangkan lagu ini dinyanyikan oleh Cat Power atau Feist. Lebih menarik jika ia dirakam semula oleh Portishead! Ouhh!!
R.Azmi - Pa’ Hitam: Lagu ini kedengaran lucu. Tetapi liriknya yang menggambarkan nafsu sybaritik Pa’ Hitam adalah sangat ‘disturbing’. “…kaki joget, kaki todi.raja botol serta whisky”
Mike Ibrahim & the Nite Walkers - Bang Selebu: Saya kurang pasti, tapi rasanya ini lagu rakyat. Ada sesiapa boleh pastikan? Bunyi gitarnya mirip Dungen. Mental!
Rafeah Buang - Tunggu Sekejap: Lagu dari filem Sargeant Hassan. Rakaman ini adalah terlalu indah. Feist dan Cat Power? Ternyata mereka bukan tandingan Rafeah Buang.
Kartina Dahari - Rindu: Ingatkah kalian akan sebuah adegan dalam filem ‘Ibu Mertuaku’ di mana Sabariah berguling angau tatkala lagu Kassim Selamat (Jangan Tinggal Daku) berkumandang di chorong radio? Keroncong ini mampu memberikan kesan yang sama.
Nikmatilah dengan penuh tanggungjawab.
Posted in Pilihan Minggu Ini | 1 Comment »
April 30th, 2008

Rekasemula watak Dr Octopus di Pergh.com
Posted in Contengan | 2 Comments »
April 30th, 2008

1) Jika kita menyatakan sesuatu dengan yakin, penyataan kita akan terampil benar biarpun ia tidak berasas.
2) Jika sesuatu isu itu rumit untuk diulas, katakan sahaja kita perlu menjalankan kajian yang lebih mendalam.
3) Banyak kebaikan dapat dicapai jika industri pengedaran dadah diuruskan oleh Kerajaan.
Posted in Racauan | 1 Comment »