Poster di atas dikeluarkan sempena perjumpaan ahli-ahli pergh.com – sebuah webforum komik, animasi, filem, dan pelbagai kandungan hiburan & kreatif yang menemui kemuncaknya sekitar zama 2000an. Sekali imbas, yah, rekabentuk posternya cukup memadai: senang dibaca, tidak keterlaluan hiasannya, typografi ber’outline’, “warna mesti garang, merah & kuning & oren, baru naik, baru menarik”, dan pelbagai klise lumrah yang digunakan para pereka picisan. Namun mediocrity nya tidak terhenti disitu. Jika diamati dengan lebih dekat, kelihatan ada yang tidak kena dengan imej yang digunakan bagi memenuhi latar belakang poster ini:
Kenapa calitan “muka” watak ini sebegitu? Dan tompokan tu sepatutnya… tangan?
Picasso telefon, dia mintak muka dia balik.
Ini lengan ke, betis ke, atau besi buruk?
Kita sedia maklum, sejak ledakan imej generatif A.I. ke arus perdana kebelakangan ni, ramai talentless hacks yang terkinja-kinja perasan dirinya artis dengan ketikan beberapa barisan ayat ke dalam prompter. Seiring berdegarlah laungan “This is the future of art” dan “Progress is inevitable” dan seangkatannya. Tetapi menggunakan imej janaan untuk poster acara gabungan komuniti yang dipenuhi artis, pelukis, dan ilustrator? Is such a spit on our collective face.
Apa alasan penganjur menggunakan imej yang tak bertanggungjawab sebegini? Nak cepat? Takde masa? Ahli yang pakar melukis kan ramai? Saya yakin ramai yang sudi luangkan masa atas dasar sentimental & nostalgia semata-mata. Dan saya pasti sebuah lukisan yang baik dapat dihasilkan dengan kadar yang segera. Paling tidak, guna semula saja lukisan yang sudah sedia ada (dengan izin, tentunya-) daripada kalangan ahli yang ada.
Mungkin ada di kalangan pelukis sendiri yang merasakan gejala imej janaa A.I ini bukan hal besar, kononnya kita sebagai artis yang patut beredar mengikut perkembangan teknologi (cue hujah “samalah macam peralihan dari medium tradisi ke digital..”). Saya sarankan kepada mereka ini agar lekas sedar yang perkembangan ini sama sekali tidak sama seperti apa yang berlaku dalam sejarah perkembangan seni lukisan. A.I. ni, lagi kita gunakan, lagi baik hasilnya. Semuanya hasil daripada tenaga kita yang secara tak langsung melatih sistemnya untuk menjadi lebih canggih tiap kali kita menggunakannya. Liciknya, para pengguna sekarang dijadikan hamba buruh percuma dalam melatih sistem A.I ini, sehingga satu tahap di mana tak perlu artis terlatih untuk mengetik prompt yang “betul” untuk menghasilkan imej yang elok. Teknologi ini masih lagi di peringkat awal dalam usaha untuk melupuskan golongan pelukis sama sekali – ke arah tujuan utama membolot keuntungan oleh golongan industrialis-kapitalis.
Tindakan menggunakan imej janaan A.I. dalam konteks ini sangat tidak wajar dan tidak boleh diampunkan. Apatah lagi bila ia dilakukan oleh pengasas forum itu sendiri, ia menjadi penghinaan terang-terangan terhadap para pelukis khususnya, dan insan-iti secara amnya.
Leave a Reply